Sunday, October 31, 2010

Sun Wukong Vs Hanuman

Sun Wukong atau Raja Monyet (Monkey King) merupakan karektor utama dalam novel epic klasikal cina, 'Journey To The West'.
Hanuman pula merupakan salah satu Deity (Dewa) Hindu, bangsa merupai monyet, Vanaras, karektor utama dalam epic india Ramayana.
Sun Wukong mempunyai sejarah latar-belakang yang sungguh menarik. Anda boleh google jer kalau nak tau lebih lanjut. Secara ringkasnya, sun-wukong dilahirkan daripada batu di Mountain of flower and fruit. Disitu dia establish clan monyet dan diangkat menjadi raja monyet. Merasakan dirinya adalah lebih daripada seekor monyet biasa, dia mengembara dan berguru kepada Bodhi,Pendeta Budhist/Tao. Nama Sun-Wukong diberikan kepadanya yang bermaksud Sun=monyet, Wukong=aware of emptiness. Antara ability yang dipelajari oleh sun-wukong adalah shapeshifting dikenali sebagai 72 Transformation yang mana boleh menjelma kepada sebarang bentuk yang wujud, manusia ataupun objek. Dia juga mempelajari ilmu cloud-travelling, dikenali sebagai cloud-somersault. Dalam sekali flip, dia boleh menjangkaui 54,000km. Akhirnya dia juga bole transform 84,000 rambut daripada badan nyer kepada semua jenis object, bahkan bole klonkan dirinya. Senjata utama nya adalah belantan, Golden-banded staff (Ruyi Jingu Bang), yang didapati(curi) daripada Raja Naga,god of Eastern Seas.
Pelbagai lagi kisah dimana dia defy heaven dan buat kecoh disitu. Bayangkan 100,000 tentera jade emperor, tuhan2 kecil,termasuk heaven general,ErLang dia kalahkan. Very strong n skilled fighter. Tapi akhirnya dia dikalahkan oleh Budha sendri dan dia dipenjarakan digunung selama 5 abad sehingga dia dibebaskan dan menjadi pengikut sami Xuanhuang. Bersama-samanya juga dua pengikut lagi iaitu Pigsy dan Sandy. mereka berempat travel ke india bagi mengambil budhist sutras. Cerita mengenai pengembaraan ini yang dipanggil Journey to the West.Kisah-kisah Sun-Wukong banyak diadaptasikan ke tv-drama,filem dan juga komik.

Hanuman, parallel karaktor kepada Sun-Wukong, merupakan deity Hindu, yang dilahirkan melalui kehidupan semula, yang mana ditakdirkan akan bersama-sama Sri Rama didalam pengembaraan memerangi Demon King Ravana. Dipercayai adalah avatar(kelahiran semula) kepada Lord Shiva, Hanuman disembah sebagai simbol kekuatan fizikal, ketabahan dan kesetiaan. Di dalam epic Ramayana, Hanuman ditugaskan untuk menjejak Sita, isteri Rama yand diculik oleh Ravana, Demon King of Lanka.
Dalam Mahabrata menyebut Hanuman sebagai " Thou art the mighty ape Hanuman that aided Vishnu in the incarnation of Rama in his expedition against Ravana."
Hanuman dikisahkan sebagai karektor yang sungguh kuat dari segi kekuatan fizikal, berpelajaran, philosophic, humble dan lucu. Untuk memendekkan cerita, Hanuman melakukan pencarian besar-besaran menjejaki Sita. Sebaik berjaya menjejaki dan meyelamatkan Sita, dia membakar bandar Lanka. Dia kemudiannya membawa Rama ke Lanka dan perang ke atas Lanka bermula dan dimana akhirnya Ravana dan askar2 kejahatan dihapuskan. Antara feat terbesar/hebat Hanuman adalah dimana dia menyelamatkan Lakshmana dengan mengutip herba pemberi kehidupan di Himalaya. Kisahnya, dia tak tau jenis herba apakah yang perlu dikutip, so dia angkatkan gunung himalaya dan terbang membawa gunung tu ke Lanka. Sejak peristiwa ini, dia served Rama selamanya.

Persamaan kedua-dua karektor monyet ni, Sun-Wukong dan Hanuman sama-sama kuat dan skilled fighter/warrior. Dan kedua-duanya adalah 'monyet' :). Watak Hanuman lebih kepada seorang general memandangkan dia command tenteranya sendiri, berbanding Sun-Wukong yang lebih kepada individuality. Kisah-kisah epic kedua-dua mereka ini amat menarik. Anda boleh google jer untuk cari epic adventure kedua-dua karektor ini.
p/s: just wonder if this 2 guy fight, who will win. Sure dunia dan angkasaraya bergegar dek pertarungan mereka berdua. /cheerz!

2 comments: