Friday, July 30, 2010

About Metal Monkey

Hello semua,
Cerita-cerita utama di dalam blog ini bukanlah hanya berkisar kepada monyet besi seperti mana nama blog ini..hehe. Oleh kerana saya ini adalah daripada elemen besi ( metal ), dan berbintang monyet (sepertimana menurut chinese zodiak ).
Untuk pembuka bicara, eloklah saya bercerita serba sedikit mengenai monyet besi (logam sebenar nya :) ) atau metal monkey menurut fahaman Feng-shui dan metafizik.

Literally, monyet seperti mana di dalam wikipedia - "adalah sekumpulan primat simian di samping mawas yang dibahagi kepada monyet Dunia Baru dan monyet Dunia Lama, . Terdapat 264 spesies monyet yang diketahui wujud di dunia. Monyet Dunia Baru dikelaskan dalam parvorder Platyrrhini, manakala monyet Dunia Lama (superfamili Cercopithecoidea) membentuk sebahagian parvorder Catarrhini yang juga merangkumi mawas. Maka, secara saintifik, monyet adalah parafili (bukan satu kumpulan koheren yang tunggal), dan monyet Dunia Lama sebenarnya lebih erat pertaliannya dengan mawas berbanding monyet Dunia Baru. Oleh sebab keserupaannya dengan monyet, mawas-mawas seperti cimpanzi dan ungka turut dipanggil "monyet" dalam perbualan tidak formal, sungguhpun sebenarnya bukan monyet. Sebaliknya, gara-gara saiznya (sehingga 1 m), Mandrill juga disangka merupakan sejenis mawas, tetapi sebenarnya sejenis monyet Dunia Lama.
Perkataan "kera" kadang-kala digunakan untuk memaksudkan mana-mana jenis monyet, tetapi sebenarnya hanya memaksudkan satu spesis (Macaca fascicularis) di Malaysia."

Besi, adalah logam yang dihasilkan dari bijih besi, dan jarang dijumpai dalam keadaan unsur bebas. Untuk mendapatkan unsur besi, campuran lain mesti disingkir melalui pengurangan kimia. Besi digunakan dalam penghasilan besi waja, yang bukannya unsur tetapi aloi, sebatian logam berlainan (dan sebahagian bukan-logam, terutamanya karbon). Merupakan unsur dalam jadual berkala yang mempunyai simbol Fe dan nombor atom 26. Besi merupakan logam yang berada dalam kumpulan 8 dan kala (period) 4. Besi merupakan logam paling biasa digunakan di antara semua logam, iaitu merangkumi sebanyak 95 peratus daripada semua tan logam yang dihasilkan di seluruh dunia. Gabungan harganya yang murah dengan kekuatannya menjadikan ia amat diperlukan, terutamanya dalam penggunaan seperti kereta, badan kapal bagi kapal besar, dan komponen struktur bagi bangunan. Besi waja merupakan aloi besi paling dikenali, dan sebahagian dari bentuk yang dibentuk oleh besi termasuk Besi Mentah, Besi Tuang, Besi Karbon, Besi Tempa dan lain-lain.

Monyet Besi
(menurut metafizikal dan zodiak cina)
Di dalam bahasa Cina :- HOU
Ranking ke :- 9 daripada 12 haiwan Cina
Jam perintah ( Ruler of the hours) :- 3 ptg ke 5 ptg
Arah :- Barat / Barat Daya
Musim :- Panas / Ogos
Elemen tetap :- Besi (positif)
Yin/Yang :- Yang
20 Feb 1920 to 7 Feb 1921
16 Feb 1980 to 4 Feb 1981
 
Personality Traits:
Orang yang lahir di bawah tahun Monyet cenderung secara umumnya, baik dari segi "menguasai apa-apa" mereka meletakkan tangan mereka, mereka juga berjaya. Hal ini mungkin kerana gabungan dari ciri keperibadian termasuk: pesona, kecerdikan, berhenti wittedness dan cinta mereka dari sebuah tantangan. Mereka juga licik, kompetitif, iri hati dan bersifat fleksibel. Beberapa kali mereka mampu ketidakjujuran besar, mereka dapat baik yang berpusat pada diri dan narsistik dan sering dapat memiliki kompleks penguasaan, percaya diri mereka berada di atas orang lain. Mereka selalu berjaya memberikan alasan yang baik untuk perbuatan mereka dan dengan keyakinan total dan tak tergoyahkan dalam diri mereka, mereka merasa bahawa mereka selalu tahu yang terbaik dan jarang putus asa. Walaupun mereka mempunyai kurang lengkap ketidakberpihakan mereka mempunyai kemahiran intelektual yang baik dan kenangan yang baik. Monyet memiliki keinginan ingin tahu tapi senang mencari cara mudah untuk keluar dari masalah.
 
Di bawah pengaruh elemen Metal, dia akan bersemangat, demonstratif, kuat, canggih dan bebas dengan keperluan yang tak tertahankan untuk keselamatan kewangan. Dia memiliki aspirasi tinggi dan mungkin muncul status-mencari atau lebih dramatik. Dia bekerja keras dan praktikal, sebuah trend setter dan seorang penjual meyakinkan, mengelakkan bantuan daripada orang lain dalam usaha-nya.
 
Kesimpulan nya: The Metal Monkey - motivated by constancy, affectionate, self-reliant, stylish and sturdy.
 
Anda ingin tahu haiwan apakah anda dan apa elemen anda? Anda bole google jer atau bole pergi ke laman web ini Xtra Astrology, Paranormality.com, atau ingin mengetahui lebih lanjut pasal 5 elemen: Air, Kayu, Api, Tanah dan Besi, bole pergi ke blog sifoo saya nih. 
 
Sekian untuk kali ini.

4 comments: